
acidpailang7
5 tahun
Sesak nafas dada mcm sempit
Saya lelaki dan sekarang saya dah 3 hari sesak nafas… mcm nak tarik nafas tak sampai… batuk flu takde… rokok dah berenti isap 5 tahun lepas… isap vape plak tapi dah 2 bulan lepas dah stop… belum g hospital lg…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang encik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan encik tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak encik, sesak nafas dan dada sempit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Encik mengambil langkah yang betul untuk berhenti merokok dan ‘vape’. Untuk pengetahuan encik, bahaya Vape adalah sama seperti bahayanya merokok.
Untuk mengurangkan simptom sesak nafas secara amnya, individu harus :
- Berhenti merokok/‘vape’
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
Untuk mengetahui punca masalah yang encik hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, encik amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.