Sulit
4 tahun
Sesak nafas, dada sempit
Assalamualaikum doc. Saya gadis berusia 24 tahun. Berat 60 tinggi 159. Saya nak tanya. Saya kerap berhingus. Baru tahun ni. Hampir setiap hari berhingus. Jadi bila asyik hembus hingus, hidung saya jadi kering. Membuatkan saya sukar bernafas untuk sedut oksigen. Awal2 haritu kerap tiba2 rasa tak boleh bernafas terasa macam nak putus nyawa sebab oksigen tak boleh sedut. Ingat dan nak mati waktu tu. sekarang termasuk dada saya terasa sempit lagi menyukarkan saya untuk bernafas. Terasa ketat di dada seperti banyak angin tersekat. Saya tidak pernah ada penyakit semput sampai sekarang. Doktor pernah syak saya ada anxiety tahun 2019. Apakah penyebab sakit dada dan kerap berhingus serta sukar bernafas ye doktor? Adakah hati saya berlemak? Terima kasih atas jawapan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan adalah terlalu umum dan memerlukan maklumat lanjut . Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah hidung tersumbat dan berhingus dan seterusnya menyebabkan sesak nafas, seperti:
- Polip hidung (nasal polyp)
- Radang sinus (sinusitis)
- Asma
- Alahan
Antara sebab lain mengapa anda mengalami sesak nafas dan sakit dada juga boleh disebabkan oleh faktor di bawah:
- Masalah jantung
- Masalah psikologikal:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.




































