
Sulit
5 tahun
Sesak Nafas, dada terasa ketat dan batuk. kesukaran untuk bernafas menyebabkan dada saya terasa sempit
Saya wanita dalam 20-an. Sejak kebelakangan ini saya sering sesak nafas, dada terasa ketat disusuli dengan batuk. Rasa sesak nafas berlaku walaupun saya tidak melakukan sebarang kerja yang berat. Dalam minggu ini saya dapati saya sesak nafas dalam 2-3 kali. Ahli keluarga ada sejarah penyakit asma mild dan menggunakan ubat pelega salbutamol sulphate

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah batuk dan sesak nafas boleh disebabkan oleh:
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sesak nafas
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.