
farazatyy
6 tahun
Sesak nafas dan berkahak
Hai doktor. Sy wanita berumur 27 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya kerap mengalami sesak nafas. Pernafasan melalui hidung secara normal okay, cuma apabila saya bernafas melalui hidung dan mulut untuk bernafas secara dalam, penafasan agak terhad dan sempit, menjadikan saya semput. Setiap kali sesak nafas berlaku, kerap rasa berkahak. Doctor sahkan saya menghidapi asthma. Namun selepas penggunaan inhealer dan nebulizer, ia masih terjadi. Adakah kemungkinan penyakit lain kerana faktor persekitaran kerja di tapak projek dan para pekerja yang kerap merokok?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, asma yang anda hidapi tidak berkurangan berkemungkianan besar adalah seperti yang anda nyatakan iaitu persekitaran kerja yang berhabuk dan terdedah dengan asap rokok.
Namun begitu, pemeriksaan lanjut haruslah dijalankan bagi memastikan punca sebenar. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor kembali dan memaklumkan tentang simptom asma yang tidak berkurang walaupun dengan ubat. Selain itu, teknik penggunaan inhaler juga haruslah dipastikan betul untuk memberi kelegaan kepada pesakit.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dengan lebih lanjut secara atas talian dengan percuma. Terima kasih