
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan dada berdebar
Saya remaja perempuan 18 tahun, saya kadang rasa seperti sesak nafas dan dada saya terasa berat. Apabila saya berjalan atau duduk saya seperti hendak jatuh atau pengsan dan menyebabkan dada saya berdebar debar. Saya juga tidak boleh berjalan atau berlari terlalu lama kerana saya jadi sesak nafas dan dada menjadi laju. Perkara ni berlarutan selama 2 hari. Kadang saya hendak tidur saya seperti terkejut atau tersentak secara tiba-tiba menyebabkan saya takut untuk tidur.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sesak nafas yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Asma
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Tekanan emosi dan anxiety
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.