john_nyee
5 tahun
Sesak Nafas Dan gastric
Saya Lelaki berumur 28, mulai semalam semasa tidur I merasa susah untuk bernafas, pada masa yang sama I juga mengalami gastric. Pada 17 mac I pernah pergi ke pavilion Kuala Lumpur dan berita telah mempaparkan tempat tersebut pada masa yang sama ada pekerja telah diagnose dengan covid 19, adakah saya perlu menjalankan covid 19 test?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19. Antaranya:
- anemia
- asma
- pneumonia
- COPD
- Tuberkulosis
Bagi masalah gastrik anda, elakkan makanan pedas, makan pada waktu nya dalam kadar yang mencukupi,
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































