
Anonymous
5 tahun
Sesak nafas dan kebas
abang saya mengalami sesak nafas dan merasa kebas daripada kepala hingga ke kaki.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah jantung seperti dilated cardiomyopathy (jantung membesar), serangan jantung
- masalah saluran darah seperti pembesaran atau koyakan arteri badan
- masalah paru-paru sepeti pneumonia (jangkitan paru-paru), fibrosis (paru-paru berparut)
- masalah saluran pencernaan seperti gastrooesophageal reflux ( asid perut naik ke atas), peptic ulcer disease (perut luka)
Kebas pula mungkin disebabkan kurang oksigen, darah, atau masalah saraf.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.