Lukman
7 tahun
Sesak nafas dan ketat dada. Kuku membiru
Dr tolong saya. Saya sesak nafas dan ketat dada. Batuk tidak Henti Henti.kuku mula Hitam membiru. Dah Pakai inhaler namun tidak berkesan.dada semakin ketat.
7 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah anda dengan kami. Simptom yang anda nyatakan mungkin merupakan serangan asma.
Penyakit asma ini menjejaskan paru-paru dalam jangka masa yang panjang. Ianya bukanlah sebuah penyakit yang boleh dihalang, akan tetapi ia boleh dikawal dengan mengelakkan faktor-faktor pencetusnya. Faktor-faktor ini banyak dan juga berbeda untuk setiap individu. Khususnya, pendedahan kepada asap rokok, jangkitan selesema, stress, senaman, pendedahan kepada udara sejuk dan reaksi alahan kepada debu, bunga, karpet, bulu haiwan, makanan dan lipas. Apa yang berlaku apabila ada faktor pencetus asma ialah, saluran ke paru-paru akan membengkak dan ini menyempitkan saluran pernafasan. Ini menyebabkan badan kita kekurangan oksigen dan seterusnya bila oksigen itu tiada, kita akan hilang nyawa kita.
Seseorang yang mengalami serangan asma akan menunjukkan simptom-simptom seperti yang soalan yang diajukan oleh saudara/saudari di atas ini, dan juga ditambah dengan bunyi wheezing (bunyi bersiul) apabila mereka bernafas. Jika anda mencuba dengan sedaya-upaya untuk mengelakkan faktor pencetus asma anda, jumlah serangan yang anda alami pasti akan berkurang.
Sila dapatkan rawatan segera. Harap membantu.
7 tahun
Salam. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Dari kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami kondisi yang agak tenat. Anda harus pergi ke jabatan kecemasan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dengan segera. Kuku yang mula hitam membiru bermaksud anda sedang kekurangan oksigen. Pemakaian inhaler bermaksud anda seorang pesakit yang menghidap penyakit respiratori yang obstuktif seperti asma atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD). Anda sedang mengalami serangan yang menyebabkan sesak nafas, keketatan dada dan batuk. Rawatan segera adalah diperlukan kerana serangan asma atau COPD boleh menyebabkan batuk.
Serangan anda sekarang mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti jangkitan. Anda berkemungkinan besar akan disyorkan untuk diwadkan untuk menerima rawatan selanjutnya kerana anda telah mengalami serangan yang agak serius. Bergantung kepada kondisi anda, doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca serangan ini.
Selepas anda telah pulih, doktor akan memberi nasihat serta regimen ubatan yang baru jika perlu kepada anda. Doktor juga akan memeriksa teknik penggunaan inhaler anda. Anda seharusnya menggunakan ubatan anda dengan betul seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Anda juga digalakkan untuk mengelakkan bahan-bahan alahan yang boleh menyebabkan serangan asma atau COPD. Anda juga disyorkan untuk mengambil vaksinasi influenza dan streptococcus untuk mengurangkan risiko jangkitan paru-paru yang boleh menyebabkan serangan asma atau COPD.



































