
Sulit
2 tahun
Sesak nafas dan muntah
Doktor, saya mengalami susah bernafas ketika baring lebih2 lagi di waktu malam,dan juga muntah2.tetapi saya tidak demam, tekanan darah saya kebelakangan ini agak tinggi iaitu 170/100 -200/110, untuk pengetahuan doktor saya mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Dan 3 kali dialisis setiap minggu.adakah cara yang lebih baik dalam keadaan sekarang utk saya dapat kan rawatan bg penyakit saya alami ini. Memandangkan keadaan sekarang dalam pkp?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.