Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan pedih hati
Sy berumur 20 sejak 2-3 hari ini sy kerap merasa sesak nafas , sakit pinggang dan pedih hati… apakah masalah kesihatan sy??
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah utama yang anda hadapi ialah pedih ulu hati dan sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, gejala ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Bagi masalah sakit pinggang, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
- ketegangan otot
- jangkitan pada buah pinggang
- masalah posisi harian yang salah
- batu karang
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.