
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan rasa paru2 bermasalah
Saya tiba2 mengalami sesak nafas waktu malam dua hari lepas dan saya ok sikit lepas keluarkan kahak. Saya dapat rasa paru2 saya macam xok dan kadang2 bila saya tarik nafas yang dalam dia akan sakit. Nafas saya lebih pendek sekarang…saya tidak batuk berterusan tapi kadang2 saya akan batuk dan rasa sakit sikit dekat dada bila batuk. Baru2 ni, mak saya baru pulang dari penang dan ada gejala batuk pada hari dia balik dan saya dapat tahu ramai yang demam di kampung saya di penang. Emak hanya pergi klinik pada hari ke3. Selepas pulang dari klinik, mak saya demam sehari.start daripada haritu, saya start rasa xsehat badan macam nak demam dan batuk sikit…tp keesokan harinya saya ok.tp sejak dari haritu, saya start rasa masalah dekat pernafasan saya. Perlukah saya buat saringan covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan dan kerisauan anda terutamanya pada musim pandemik ini. Jika anda tidak mempunyai sebarang kontak rapat, anda perlu memantau gejala-gejala yang anda alami dan tidak perlu membuat ujian saringan. Tetapi sekiranya anda ragu-ragu dengan keadaan anda atau keadaan menjadi semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut dan buat ujian saringan.
Anda boleh melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti KKM sekiranya anda mempunyai kontak rapat kerana golongan yang mempunyai kontak rapat akan diberi keutamaan untuk saringan. Selain dari itu, anda juga boleh pergi ke hospital swasta yang menawarkan khidmat saringan COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Secara umum, berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat didefinisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Cirit Birit
- Sakit dada
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini