
pinahae
4 tahun
Sesak Nafas Dan rasa tercekik
Hi Dr, saya seorang perempuan berumur 27 tahun. Baru2 ni saya dikejar 4 ekor anjing ketika baru pulang dari kerja. Saya sempat menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam kereta. Namun saya tiba2 berasa seperti tercekik dileher, sesak didada, nafas pendek dan tersekat2, tangan dan kaki sejuk, kepala melayang, telinga berdengung dan saya tidak dapat mengawal emosi secara tiba2. Simptom ini berlaku kira2 10-15 minit tapi saya berasa seperti mahu mati. Keesokan harinya ketika dipejabat, saya mengalamu simptom yang sama secara tiba2 tanpa sebarang sebab munasabah. Apa pendapat Dr mengenai simptom yang saya alami

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalanyang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah simptom-simptom yang dihadapi ketika selepas dikejar anjing dan kini berlaku perkara yang sama di ruangan pejabat. Simptom-simptom yang dihadapi tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, masalah yang anda hadapi ini lebih dijelaskan oleh serangan panik yang berlaku ketika anda dikejar anjing pada baru-baru ini.
Serangan panik ini merupakan serangan yang berlaku sebagai tindak balas anda terhadap perkara yang membahayakan atau menakutkan anda. Berikut merupakan simptom-simptom serangan panik yang biasa boleh dikaitkan:
- Gangguan emosi dan tekanan emosi sehingga menghilang kawalan diri dan sensasi pendirian terhadap hidup dan kematian.
- Jantung berdegup dengan laju
- Berpeluh
- Bergetar
- Kesesakan nafas dan terasa tercekik sepeti sesak dada.
- Tangan dan kaki terasa bergetar dan sejuk ataupun kekebasan.
- Terasa pening atau ingin pengsan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Mengenai gejala simptom sama yang berlaku ketika dipejabat anda, ia juga merupakan salah satu serangan panik yang anda hadapi tanpa memerlukan sebab. Serangan panik tanpa sebab merupakan salah satu perkara yang wujud dan berlaku dikalangan orang yang pernah menghadapinya, ataupun individu yang tengah menghadapi gejala stres dan tekanan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kami sarankan anda untuk cuba mengurangkan gangguan stres anda dari segi aktiviti kerja harian dan juga menjaga kesihatan umum anda. Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi