
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan rasa throat ada phlegm
hi doctor, i am lelaki, recently i feel sesak nafas and sometimes rasa ada Phlegm in the throat, but i no fever and sore throat, i have checked my temperature which is around 36 something. Could you please let me know why ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sesak nafas dan berkahak mungkin boleh disebabkan oleh alahan atau keradangan yang boleh berlaku pada ruangan hidung (Allergic Rhinitis) atau sinus (Sinusitis) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang berlaku pada kawasan tersebut.
Namun, ini juga tidak mengecualikan jangkitan virus seperti selesma dan influenza yang boleh meneybabkan perkara yang sama. Pada biasanya, jangkitan virus dan bakteria akan menyebabkan demam sebagai salah satu simptom yang dihadapi. Sekiranya terdapat tiada gejala demam, gejala sesak nafas boleh disebabkan oleh reaksi alahan pada ruangan hidung atau salur nafas seperti penyakit asma atau penyakit penyekatan salur nafas kronik (Chronic Pulmonary Obstructive Disease COPD) yang boleh dirawat dengan beberapa ubat yang mengawal keradangan atau mengurangkan rembesan mukus (kahak) pada ruangan salur nafas.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera
Kami sarankan anda mendapatkan rawatan dari doktor anda dengan menjalani ujian kesihatan lebih lanjut mengenai masalah yang anda hadapi. Kebiasaannya masalah anda tidak perlu dirisaukan kerana penyakit alahan boleh dirawat dengan rawatan yang betul dan sesuai. Sementara itu, pastikan anda menjauhi bahan-bahan yang boleh membawa alahan pada diri anda, berdasarkan pengalaman yang anda lalui sebelum ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.