
Sulit
3 tahun
Sesak nafas dan sakit dada .batuk
Saya sahara .sudah 2 minggu saya kerap mengalami sesak nafas dan sakit dada yang teruk.sudah gunakan inhaler untuk mengurangkan sesak nafas namun tidak berkurangan.mlhn semakin teruk.mlm tadi saya tidak boleh tidur kèrana sakit dada yang teruk hingga hampir pitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah kesukaran bernafas atau sesak nafas selama 2 minggu disertai dengan sakit dada yang teruk. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Memandangkan masalah ini mengganggu sistem pernafasan anda dan menyebabkan anda mengalami sakit dada yang teruk, kami nasihatkan anda untuk terus ke mana-mana klinik dan hospital beredekatan bagi tujuan pemeriksaan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.