
Sulit
5 tahun
Sesak nafas dan sukar bernafas.Terasa seperti rongga bahagian dalam di hidung. Terasa seperti tersumbat dan sukar bernafas
Saya lelaki berumur 48 mengalami masalah sukar dan sesak bernafas. Terasa seperti ada mukus dihidung tetapi tidak berkurang atau hilang walaupun telah mengambil ubat selsama dan pecah kahak selama 12 hari.Mukus terasa seperti melekat jauh didalam rongga hidung.Dada mengalami sakit semasa mahu bernafas dan menarik nafas dalam dalam untuk boleh bernafas. Pernah mengalami sakit sakit badan tetapi tidak ada demam. Apa yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.