
Anonymous
6 tahun
Sesak nafas dan tak boleh tarik nafas dalam dalam
Salam sejahtera. Saya perempuan berumur 24 tahun. Saya kerap sesak nafas tapi doctor di GH Melaka cakap saya tak ada masalah. Semua ok. Saya sakit jantung rasa macam nak mati. Laporan blood test saya beritahu saya ada anemia, kuning tinggi dan mungkin tumor pancreas. Tapi doctor GH cakap semua result saya ok . Saya pening doctor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta membuat kesimpulan tentangnya, kami memerlukan makluman lanjut serta laporan ujian darah yang anda perolehi. Pemeriksaan dan ujian juga perlu dilakukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi bagi berbincang dan mendapatkan nasihat tentang masalah ini secara lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.