Sulit
2 tahun
Sesak nafas dan tidak selesa pada bahagian atas perut,kadang-kala berdenyut pada bahagian dada
Saya ashraf berumur 20 tahun,sejak seminggu yang lepas, saya mengalami rasa sedikit sukar untuk bernafas/ bernafas tidak puas,kadang-kala rasa berdenyut pada bahagian dada dan rasa berdebar, saya juga mengalami rasa kurang selesa pada bahagian atas perut,apakah yg berlaku doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala sukar bernafas, kadang-kala rasa denyutan pada dada anda serta berdebar, dan kurang seleasa pada bahagian atas perut anda. kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit gastrik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Keradangan esofagus
- Jangkitan gastrik (H.pylori)
- Penyakit ulser peptik
- Penyakit jantung iskemia
- Penyakit paru-paru
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan dan penyelidikan berkaitan supaya penjelassan atau rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.