
izfahlee
5 tahun
Sesak nafas,degupan jantung laju
Helo doc, sy umur 30an pada 18/3 sy ke klinik swasta doctor kata sy ada tonsil dn d berikn ubt antibiotik tp stlh habis ubt yg d berikn masih demam n sesak nafas. Pd 23hb.3 sy ke klinik kesihatan kerajaan utk refer sakit ni doc ambil sample darah dan mdapati sy darah rendah 9 dn dlm darah ada bakteria. Doc bg ubt acid folic,vit c,zat besi dgn b complex tp rasa berat dkt dada degupan jantung laju masih terasa… perlu ke sy buat saringan covid19?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini