
Sulit
4 tahun
Sesak nafas ketika tidur dan degupan jantung laju bergerak
Assalamualaikum doktor. Umur saya 22 tahun. Saya nak tanya,kenapa masa saya tidur,tiba tiba nafas saya sesak & degupan jantung laju? Rasa nak menangis pun ada,sebab susah nak control pernafasan tu,kadang terpaksa juga bernafas melalui mulut. Apa puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas ketika tidur dan degupan jatung yang laju. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan
- Penyakit refluks: GERD
- Obstructive sleep apnea : gangguan pernafasan ketika tidur
- Anemia
- Asma
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.