Sulit
3 tahun
Sesak nafas pada waktu-waktu yang tertentu
Salam sejahtera doktor, saya sering mengalami sesak nafas, biasanya pada waktu awal ptg.saya tdk ada penyakit asma. Adakah ini berkaitan dengan kolestrol atau ada sebab yg lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami iaitu sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Penyakit asma
- GERD: Penyakit refluks
- Keradangan kerongkong tekak
- Jangkitan kuman pada kerongkong
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Anemia
- COPD: masalah paru paru sempit akibat merokok
- Penyakit jantung koronari
Masalah masalah diatas memerlukan pemeriksaan fizikal di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sebegini kerap berulag dan mengganggu aktiviti harian anda.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala berikut disamping sesak nafas dan kahak:
- Demam
- Batuk
- Sakit dada
- Pitam
- Sakitt dada
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.