Sulit
5 tahun
Sesak nafas, penat dan kebas seluruh badan
Hai, saya ada sorang kawan berumur 24 tahun, dia mengalami sesak nafas, penat dan kebas badan sejak dari bulan 3 lagi. Dah check dengan 3 orang doctor tapi masih belum tahu punca. Boleh saya minta pendapat doctor tentang kawan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang kawan anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kenyataan yang diberikan oleh anda terlalu umum dan sukar untuk kami katakan punca masalah yang dialami oleh kawan anda berdasarkan soalan sahaja tanpa melakukan pemeriksaan lanjut. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kawan anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Tuberkulosis atau tibi
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Hipotiroid
- Masalah psikologikal:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Kanser
Masih mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.




































