
Sulit
4 tahun
Sesak nafas,sakit bahu,sakit dada
Saya wanita umur 19 tahun. saya sakit bahu kiri sampai ke dada selama 2bulan. Saya juga sering sesak nafas dan sakit pada tulang belakang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya memerlukan persoalan yang lebih mendalam dan pemeriksaan fizikal bagi mengetahui kondisi sebenar anda. Namun begitu, berikut merupakan kemungkinan perkara yang menyebabkan keaddan anda sebegini:
- Masalah saraf di bahagian bahu
- Masalah saraf tunjang
- Masalah tulang belakang seperti scoliosis
- Penyakit jantung kronik
- Otot bahu yang terseliuh atau trauma
- Jangkitan kuman
Bagi mengetahui keadaan sebenar anda dengan lebih terperinci, saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor di klinik atau hospital berdekatan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga disarankan untuk berjumpa doktor jika berlaku gejala di bawah:
- Pitam
- Sesak nafas yang kerap berlaku sehingga pucat
- Sakit dada yang berulang
- Kebas di bahu sehingga tangan dan rahang
- Demam dan batuk
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.