
Sulit
5 tahun
Sesak nafas, sakit pinggang
Saya seorang gadis berusia 20 an. Saya seringkali mengalami kesukaran untuk bernafas dan kerap sakit pinggang tanpa sebab. Kesukaran bernafas menyebabkan saya sukar untuk tidur dan mengalami gangguan emosi. Sakit pinggang yg berlarutan pula menyebabkan saya sukar melakukan aktiviti harian dgn sempurna.
Menurut doktor, apakah sakit atau masalah kesihatan yg dialami oleh saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.