
Sulit
4 tahun
Sesak nafas secara tiba dan kejang anggota badan
Saya berusia 26 tahun, saya mengalami sesak nafas secara tiba2 dan lama kelamaan tangan dan muka mula terasa kejang.sebelah tangan kejang dan tak boleh straight, jari2 terasa kejang mcm org kena strok.lama kelamaan kelejangan mula rasa merebak ke badan dan kaki.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sukar bernafas dan mudah letih boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- gangguan cemas
atau ia juga boleh disebabkan oleh
- kekurangan gula dan air dalam tubuh
- tabiat pemakanan yang kurang berkhasiat
- kekurangan zat besi dalam badan
- beban kerja yang melebihi kemampuan tubuh
Kelemahan anggota badan pula boleh disebabkan oleh
- gangguan muskuloskeletal
- tanda-tanda masalah vaskular
- komplikasi obesiti
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.