
ronaldrico890
5 tahun
Sesak Nafas Selama 7 Hari
Saya seorang remaja lelaki berumur 17 tahun.Disini saya ingin tanya berkenaan sesak nafas saya ni yang sudah berlarutan selama 7 Hari.Selama saya sesak nafas ni saya hilang selesa makan kalau makan pun saya akan muntahkan makanan yang telah dimakan.Minggu lepas sudah klinik dan ada diberikan ubat iaitu ubat Paru²,kahak,selesema dan antibiotic.Keadaan saya kini membuatkan saya rasa cemas sebab sebelum ini saya pernah kena sesak nafas tapi tidak seteruk ini.Berat pun menurun daripada 93 skrng 89 sebab kurang makan sejak saya sesak nafas ni.Adakah saya perlu rujuk ke klinik/hospital lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok jika anda merokok
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.