
Sulit
5 tahun
Sesak nafas selepas bangun tidur perut rasa terbakar dan rasa melayang semasa berjalan
salam sejahtera, saya remaja 18 tahun. Selepas bangun tidur perut saya akan rasa berangin dan pedih diikuti sesak nafas. Jika saya makan lambat perut akan rasa pedih terbakar, makan terlebih membuatkan perut saya kembung dan sesak nafas. Kadangkala rasa tercekik di leher dan sukar menelan. Selain itu, ketika saya berjalan rasa seakan melayang. dan hendak jatuh. Keputusan darah dan ecg saya ialah normal. Terima kasih atas jawapan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah seolah-olah melayang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah renda dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalh emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan
Bagi masalah sesak nafas dan pedih perut pula, ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- GERD
- gastrik
- Keracunan makanan
- Morning sickness (untuk wanita mengandung)
Berikut hanya jawapan umum mengenai masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Semoga anda cepat sebuh dan terima kasih.