Sulit
4 tahun
Sesak nafas selepas demam
Saya seorang remaja 19 tahun.Saya berasa sedikit sesak nafas selepas saya demam.Demam saya dah baik tapi datang sesak nafas beberapa hari selepas demam saya reda.Adakah ianya simptom COVID-19 atau sebaliknya?.Sebab saya risau ianya jangkitan virus COVID-19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan virus, kuman, alahan, masalah gastrik, dan lain. Pelbagai jenis jangkitan virus juga dapat menyebabkan gejala yang sesama, termasuki Covid, Influenza, RSV dan lain.
Anda boleh cuba buat ujian Covid kendiri untuk saringkan status anda dahulu atau ambil ujian covid di mana klinik kedekatan anda. Sebelum itu, sila mengikuti SOP dengan tegas, seperti rajin cuci tangan, pakai mask, jarakkan diri sama lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.
Sila klik pada link ini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur.



































