
dexnate980810
2 tahun
Sesak nafas semasa tonsilitis
Saya berumur 22 tahaun, saya mengalami sesak nafas serta terasa seperti ada sesuatu yang melekat pada bahgian tekak saya. Sya tidaa mempunyai batuk2 serta sakit tekak. Setelah saya ke hospital, doktor mengesahkan saya mengalami tonsilitis. Saya hendak tanya samada tonsilitis boleh menyebabkan sesak nafas?

5 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Tonsil merupakan organ yang terletak pada tekak yakni saluran pernafasan serta pemakanan. Tonsillitis pula merujuk kepada keradangan yang berlaku pada tonsil. Kondisi ini boleh menyebabkan tonsil membengkak dan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. Jika fenomena ini berlaku, pesakit boleh mengalami sesak nafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.