kecikjahat96
6 tahun
Sesak nafas , Sukar bernafas
Saya perempuan berusia 23 tahun . Saya tidak demam . Tetapi baru baru ini saya merasa sukar bernafas . Kadang saya bernafas dengan laju . Padahal saya tidak melakukan kerja ketika itu . Bagaimana saya ingin tahu yang saya sedang sesak nafas ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahun anda, keadaan susah nafas adalah di man seseorang mempunyai kesukaran untuk bernafas macam biasa atau semput. Keadaan ini boleh berlaku semasa melakukan aktiviti lasak atau semasa berehat.
Antara punca yang menyebabkan sesak nafas adalah seperti:
- Penyakit jantung koronari
- Penyakit asma
- Pneumonia
- Alahan
- Anemia
Anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti dari klinik yang berdekatan sekiranya keadaan ini berterusan dan menganggu kehidupan seharian anda. Maklumat yang selanjutnya masih diperlukan untuk membuat kesimpulan tentang punca yang menyebabkan rasa sesak nafas anda. Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.




































