
megawatijemma5
5 tahun
Sesak nafas tangan begegar dan ingin pitam
Saya wanita 34tahun ibu kepada 4 orang cahaya mata… Saya selalu alami sesak nafas tangan begegar dan ingin pitam apa punca nya ni doktor setiap kali saya alami terasa sangat sukar utk benafas diikuti tangan begegar kadangx2 rasa tidak selesa untuk seharian saya sebagai suri rumah dan juga sebagai orang bisnes amat menganggu n bila diserang time driving saya terpaksa tepukx2 dada saya supaya dapat benafas… Saya harap saya dapat jawapan ni dari doktor punca dan sebab nya terimah kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.