
Sulit
3 tahun
Sesak nafas terlampau
Sy remaja prmpuan berumur 17 thun,sy selalu berasa sesak nafas,nafas pendek,pantang bercakap banyak time berdiri,mmg akan lembik,sesak nafas lepas tu, kejadian ni dh lama berlaku kepada saya,since dulu lagi,
Kadang tercungap-cungap tak cukup nafas,even tak buat sport,angkat benda berat, tak buat apa apa pon,duduk biasa rehat pon tercungap-cungap,tak cukup nafas…
Selalu rasa macam bhgian kiri tak berfungsi,lesu badan,sakit

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kesesakan nafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
Ppenyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
1. asma
2. pneumonia
3. tibi atau paru-paru berair
4. penyakit obstruktif saluran pernafasan kronikPenyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
1. kekurangan darah merah
2. alahan
3. resdung
4. kegelisahan
5. obesiti
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.