
Sulit
3 tahun
Sesak nafas tetapi bacaan oximeter ok
Saya lelaki berumur 15 tahun
Dan dekat 1 minggu jugak saya rasa sesak nafas dan rasa tulang rusuk macam terhimpit.saya just pakai inhaler dan masih tidak lega bila check pakai oximeter bacaan 99 untuk oksigen dalam badan dan sudah pergi berjumpa dokter
Dan dokter kata bunyi paru paru okay tapi saya rasa terhimpit…and kalau bernafas ikut mulut okay sikit tapi ikut hidung susah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sesak nafas seperti terhimpit, tetapi bacaan oximeter adalah 99%. Anda juga memaklumkan bahawa anda boleh bernafas mengikut mulut tetapi susah jika mengikut hidung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Hidung tersumbat akibat jangkitan pada saluran pernafasan
- Alahan
- Polip hidung
- Anxiety
Memandangkan anda telah merujuk kepada doktor yang menyatakan bunyi paru-paru adalah normal, mungkin anda mempunyai jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection). Ada juga kemungkinan oximeter yang anda gunakan tidak tepat dalam bacaan paras oksigen dalam badan.
Sekiranya masalah anda berterusan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor untuk siasatan lanjut mengenai masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.