Sulit
6 tahun
Sesak Nafas Yang Teramat
Saya Mikayla. Saya berumur 17 tahun. Saya mengalami sesak nafas dan terasa mengah ketika malam namun pada waktu siang, keadaan saya normal sahaja. Di samping itu, saya sentiasa sakit perut rasa sebu pada perut menyebabkan saya sukar bernyawa dan perut kembung dan sentiasa cirit birit
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anxiety
- Panick attack
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































