Sulit
4 tahun
Sesuatu pergerakkan dalam perut
Umur sy 29 tahun saya mengalami pergerakkan dalam perut kadang² terasa macam benjolan yang muncul nampak dari luar perut berasa sesuatu tu bergerak dan saya sendiri nampak mohon penjelasan apa sebab ye doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Benda yang bergerak itu boleh terdiri atas pelbagai hal, samaada bayi (sekiranya anda mengandung), hernia, dan sebagainya. Justeru, tanpa melihat, kami tidak dapat memeriksa dan memastikan hal ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.