
noit3112
5 tahun
Set Seperti Sakit dada tengah dan kanan
Saya Pn Nor 44 thn, seringkali sakit di kwasan dada tengah dan kanan. Rasa pedih dan rasa sukar utk nafas. Bila minum air half botol terasa sesuatu ade tersekat disaluran. Bila minum air terasa “flush” dan akan lega. Kadang kala air Yg diminum tu akan muntah keluar. Sering terjadi di waktu malam time nak tido.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Serangan jantung / sakit jantung
- Angina - terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak
- Pedih ulu hati - Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esophagus
- Jangkitan paru paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!