
Sulit
3 tahun
Setelah sihat,dinyatakan positif
Pada 9hb/8 sy mngalami demam dan hilang deria rasa dan bau selepas di vaccine,anak2 saya yg berusia 11,8,5,4 dan 3bulan juga mngalami demam panas selama sehari shja bgitu juga dengan sy, cuma sya msih khilangan deria bau dan rasa.anak aktif dan beserlera makn seperti biasanya.12hb suami sya pula yg demam teruk sehingga hilang deria rasa dan bau selepas di vaccine dos ke2.pada 20hb deria sy dan suami kembali pulih sepenuhnya, 23hb suami sy mndapat pangilan telefon dripda tempat bekerja mngtakan ada staf yg positif… Walaupun mereka berbeza department…suami dan kawan yg lain nya perlu melakuan pcr test… Dan keputusan suami sy didapati positif dengan ct value 20%.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda sekeluarga mengalami gejala demam. Di samping itu, anda bersama suami anda juga kehilangan deria rasa dan deria bau selepas divaksin. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini kepada anda.
Untuk makluman anda, kehilangan deria dan bau bukan antara kesan sampingan vaksin. Sebaliknya ia boleh disebabkan oleh jangkitan Covid-19 atau masalah kesihatan lain seperti hidung tersumbat dan jangkitan pada saluran pernafasan. Antara kesan sampingan yang biasa dilihat dengan suntikan vaksin Covid-19 adalah :
- Demam
- Mengigil
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit otot/sendi
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Manakala, tanda-tanda jangkitan Covid-19 ialah :
- Demam
- Selesema
- Batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Kehilangan deria rasa dan bau
Memandangkan suami anda telah dsahkan positive Covid-19, ada kemungkinan untuk anda sekeluarga dijangkiti virus ini. Sebaiknya anda sekeluarga jalankan kuarantin selama 10 hari sambil membuat penilaian kesihatan kendiri. Anda juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat di MySejahtera dan menghubungi CAC berdekatan dengan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini