Sulit
4 tahun
Sexsual health tentang vigina
Asalam doc , saya nk tnyee pada bulan 4 saya menjalani pembedahan kecil di vigina untuk kluarkan nanah di bibir vigina . Setelah pembedahan tu , vagina sy terasa gatal dn sngt nyeri akibat keputihan melampau . Sy juga terpksa menggaru sehingga vagina saya luka dn merah . Keadaan ini berlarutan sehingga sekarang bhkan jika melakukan hubungan sex juga terasa amat memedihkan dn akan membengkak . Apa yang perlu sy lakukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai maslah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan maslah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kulat
- Iritasi kulit
- Jangkitan seksual (STD)
- Kudis buta
- Kutu di bahagian kemaluan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk masalah anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































