
Sulit
4 tahun
Sharp pain & tingling in lower back
Saya wanita, berusia 30 tahun. Di awal tahun, saya ada mengangkat beban dengan cara membongkok badan. Selepas itu saya tidak dapat berdiri mahupun berjalan dalam tempoh 8jam.saya diberikan ubat muscle relaxant & hot gel untuk disapu. 8 bulan berlalu. Setiap hari saya rasa seperti geli di bahagian lower back. Rasa sharp pain apabila berbaring di tilam nipis atau ketika memegang beban walau sebotol air mineral 1.5 liter. Saya perlu memeluk beban untuk mengurangkan rasa sharp pain pada lower back. kadang2 saya sukar untuk berdiri atau berjalan apabila kerap naik turun tangga, berlari atau ketika memegang beban. Bahagian lower back seperti lemah & tidak boleh menyokong pergerakan saya. Kadang-kadang saya rasa ada sharp pain pada paha atas dan ada arus mengalir dalam urat kaki kiri saya. apabila saya melakukan regangan kaki, arus mengalir itu akan hilang dan kaki kiri saya terasa kekejangan. Mengapakah hal ini berlaku dan apakah cadangan rawatan? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, sukar untuk kami membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Masalah anda ini mungkin berkaitan antara satu sama lain atau tidak.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pinggang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.