Sulit
12 hari
Siapa yang perlu mengambil suntikan vaksin demam denggi Qdenga?
Adakah pengambilan vaksin Qdenga wajib untuk semua individu?
12 hari
Selamat sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Vaksin Qdenga tidak diwajibkan untuk semua individu. Kanak-kanak yang berumur kurang daripada 4 tahun tidak sepatutnya menerima Qdenga. Termasuklah jika anda atau anak perempuan anda sedang mengandung atau menyusukan bayi. Selain itu, setakat ini tiada data bagi penerima vaksin Qdenga untuk golongan dewasa berumur 60 tahun ke atas.
Untuk memastikan bahawa Qdenga sesuai untuk anda atau anak anda, adalah penting untuk memberitahu doktor, ahli farmasi, atau jururawat jika anda atau anak anda mengalami sebarang kesan sampingan. Bagi sebarang kemusykilan, sila rujuk mana-mana doktor, ahli farmasi, atau jururawat untuk mendapatkan penjelasan.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksin Qdenga di Malaysia, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.