
Sulit
2 tahun
Side effect makan prednisolone ( sejenis steroid )
saya berumur 17 tahun, saya dikehendaki memakan ubat steroid berkenaan akibat disyaki mempunyai penyakit luekosit vaskulities

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat prednisolone biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Alergi
- Penyakit autoimun
- Penyakit keradangan mata, sendi
Sebetulnya, kesan sampingan ubat ini berbeza-beza tergantung dos dan lama penggunaan. Secara umum, kesan sampingan ubat ini adalah:
- Tekanan tinggi di mata (glaukoma)
- Pengumpulan cecair badan, menyebabkan bengkak pada kaki bawah anda
- Tekanan darah tinggi
- Masalah dengan perubahan mood, ingatan dan kelakuan dan kesan psikologi lain, seperti kekeliruan atau kecelaruan
- Berat badan bertambah, dengan lemak di abdomen, muka dan belakang leher anda
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih