
Anonymous
5 tahun
Sifilis (keluar nanah)
Saya seorang homosexual dan kerap bertukar pasangan. Hari ni, bila saya check ada keluar nanah sedikit di kemaluan saya tetapi saya malu untuk ke klinik kerana ada sesetengah klinik yang saya pergi suka perli dan kecam. Bolehkah kalau saya cuma menggunakan ubat tradisional untuk penyakit saya ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Biasanya penyakit sifilis peringkat awal boleh diatasi dengan menggunakan antibiotik dan sifilis kronik mungkin memerlukan rawatan yang lama. Jika jangkitan awal tidak dapat dikawal dengan pengubatan tradisional, penyakit ini boleh berlanjut ke peringkat seterusnya di mana ia boleh merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
- Otak
- Jantung
- Saraf tunjang
- Tulang
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.