
Anonymous
5 tahun
Sildenafil Ubat untuk Ejakulasi Pramatang
Doctor, adakah saya dibenarkan untuk membeli sildenafil di mana mana farmasi? Atau saya memerlukan surat daripada doctor baru saya boleh membelinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah ejakulasi pra-matang dan “mati pucuk” adalah dua masalah berbeza. Ejakulasi pra-matang adalah kondisi dimana anda tidak menahan air mani keluar manakala mati pucuk ialah keadaan dimana anda tidak dapat menahan ketegangan zakar anda. “Sildenafil” adalah ubat untuk mati pucuk dan memerlukan priskripsi doktor kerana kesannya pada sesetengah orang yang mempunyai masalah kesihatan. Untuk mengatasi masalah ejakulasi pra-matang, anda boleh:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Perbanyakkan "foreplay’ pada isteri anda
- Pemakaian krim bius - perlukan nasihat doktor dahulu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.