
Sulit
4 tahun
Silent miscarrige..darah yang keluar sedikit dan berwarna gelap
Saya wanita berumur 36 thn. Mengikut perkiraan saya pregnt dlm 12w. Last Monday saya ke emergency sbb Ada spot coklat keluar…Doc wat prosedur…scan n cek vagina…doc kata bby tdk membesar hanya dlm 8w Dan Tiada heartbeat… Doc suspect silent miscarrige n Minta tggu dlm 2weeks lg appoint pakar. Soalan… slps 2 Hari… keluar darah…n tak byk…mcm period…warna darah agk gelap… apa yg patut saya buat…tggu darah habis keluar @ ke hosp lg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah atas apa berlaku kepada anda.
Melihat keterangan anda berikan, silent miscarriage atau missed miscarriage biasanya didiagnos melalui pemeriksaan ultrasound, pemeriksaan klinikal dan ujian kehehamilan. Setelah doktor diagnos seseorang dengan silent miscarriage, Doktor memerlukan dua minggu lagi untuk mengesahkan perkara berikut. Selain itu, tempoh dua minggu ini juga dijangkakan akan berlakunya keguguran secara spontan. Dalam tempoh tersebut,ini merupakan tanda tanda keguguran berlaku :
- Pendarahan
- Sakit di bawah perut atau kawasan rahim
- Kontraksi rahim
- Keluar janin atau darah berketul
Saya menasihatkan anda untuk ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan sekali lagi dan mendapatkan rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.