
izzatinoor0
4 tahun
Simptom Covid 19 Pening Kepala
Saya baru balik dari Lombok, Indonesia… Saya sakit kepala dan tidak mempunyai simptom yang lain. adakah saya perlu membuat ujian covid 19 atau self quaratine di rumah ?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain CoVID-19, gejala pening kepala boleh disebabkan perkara lain seperti:
- tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula
- jangkitan telinga
- vertigo
- sel darah merah yang rendah
Berdasarkan gejala yang anda hadapi, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Di hospital kerajaan, ujian in hanya akan dijalankan ke atas mereka yang berisiko tinggi.
Selain itu, tiada keperluan untuk anda kuarantin kerana indonesia bukanlah negara yang berisiko tinggi.
Bagi info lanjut, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/