
Sulit
2 tahun
Simptom diabetes ke?
Saya gadis ideal berumur 20 tahun , ibu jari kedua kaki saya rasa kebas sentiasa berhenti, adakah itu petanda diabetes?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ibu jari kebas boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Fenomena Raynaud - apabila saluran darah mengecut akibat suhu sejuk, menyebabkan rasa kekebasan
- Kurang nutrien seperti vitamin B6, B12, potassium atau kalsium
- Masalah saraf akibat kecederaan atau pemakaian kasut ketat
- Masalah arteri periferi - risiko seperti darah tinggi dan diabetes
Masalah diabetes perlu didiagnos dengan ujian darah dan simptom diabetes adalah seperti cepat lapar dan dahaga, kerap kencing dan kerap mendapat jangkitan kuman. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.