nara_massive88
5 tahun
Simptom lepas psg iucd
Saya baru psg iucd smlm tp smpi skrg msih bleeding lg. Mcm byk la jgak. Hampir penuh klau sy pkai pantyliner. Sy dlm kerisauan klau ia x serasi dgn sy. Mtk nasihat doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kesan sampingan alat perancang kehamilan. Antaranya:
- sakit pada rahim
- kitaran haid terganggu
- sakit pada pelvis
- loya dan muntah
- sakit kepala
Normal bagi wanita mengalami pendarahan sejurus selepas pemasangan iucd. Namun, jika anda mengalami demam, sakit yang berlebihan pada rahim, anda harus mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































