
Sulit
4 tahun
Simptom paling awal hamil
Saya wanita dalam 20’an. Saya sudah seminggu lewat datang bulan selepas bersetubuh dengan suami saya. Bilakah tanda2 hamil paling awal muncul seperti rasa mual?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kelewatan datang haid selepas bersetubuh dengan suami. Untuk makluman anda, simptom-simptom kehamilan boleh berlaku seawal minggu pertama selepas tarikh haid yang sepatutnya.
Berikut merupakan simptom kehamilan yang disenaraikan berserta waktu yang dijangkakan untuk datang iaitu:
- Senggugut dan pendarahan menitik (spotting) : Minggu 1-4
- keletihan dan loya :Minggu 1
- Sakit atau kesemutan pada payu dara: Minggu 1-3
- Kerap membuang air :Minggu 1-3
- Perut masuk angin : Minggu 1-3
- Cepat mabuk : Minggu 2-3
- Perubahan emosi: Minggu 3
- Perubahan suhu: Minggu 3
- Tekanan darah meninggi: Bulan 1
- Degupan jantung lebih laju: Mingu 4-6
- Keletihan dan sakit pedih ulu hati: Minggu 5
- Perubahan berat badan : Minggu 7
Kami sarankan anda untuk mengambil ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) bagi mendapatkan kepastian mengenai kehamilan anda. Sekiranya ia negatif, kemungkinan masalah kelambatan haid merupakan perkara yang tidak perlu dibimbangkan, melainkan perkara ini berlarutan semakin teruk. Sila berjumpa dengan doktor anda mengenai kehamilan anda serta memastikan anda tidak menghadapi penyakit lain yang boleh mengganggu kitaran haid anda.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.