
Sulit
4 tahun
Simptom simptom penyakit aneh
Saya lelaki umur 21 tahun.Adakah normal untuk saya dimana saya berasa tidak selesa atau tidak dapat makan makanan yg banyak gula, garam atau msg dan sebagainya. Adakah saya mempunyai simptom simptom penyakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, untuk mengekalkan kesihatan yang baik, faktor pemakanan yang seimbang dan sihat perlulah diambil berat. Pengambilan makanan dengan gula dan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis (diabetes jenis 2), tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung. Anda digalakkan untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor atau klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.