
nurullshafikaa
5 tahun
Simpton hamil atau bukan
Saya seorang wanita muda yg baru berkahwin , period sy last 6/8/19 , period saya tiap bulan datang cuma kadng2 awal beberapa hari dan lewat beberapa hari , tapi skrng saya rasa sakit di bahagian perut dan sakit di puting & areola , adakah ini simptom orang hamil , waktu bilakah yang sesuai untuk saya lakukan ujian upt?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Sindrom pra-menstruasi
- Kehamilan
- Jangkitan pada puting
- Kesan ubat - jika mengambil pil perancang
Untuk mengetahui status kehamilan anda, ujian air kencing yang boleh dibeli difarmasi boleh dibuat 1-2 minggu selepas persetubuhan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.