
khairish.ramli
5 tahun
Simtom Hernia (angin pasang)
Salam doktor,
Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 1 tahun 2 bulan yang menghidapi simtom Hernia. Saya telah membuat pemeriksaan di klinik dan doktor telah kenal pasti ia adalah Hernia. Apakah rawatan lanjut yang doktor boleh sarankan? Adakah rawatan selain pembedahan? Minta penjelasan doktor.
Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah angin pasang (hernia) ini jika tidak mendatangkan masalah boleh dibiarkan begitu sahaja. Namun begitu, jika doktor anda berpendapat bahawa pembedahan perlu dilakukan, maka anda dinasihatkan untuk mengikuti plan yang disyorkan. Pada masa kini, tiada rawatan alternatif selain pembedahan bagi masalah angin pasang ini kerana ia adalah masalah struktur anatomi. Oleh itu, anda disarankan untuk mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor anda. Sekian